Monday, July 20, 2009

KENAPA SAYA LETAK JAWATAN? - DR WAN RUSHIDI

KENAPA SAYA LETAK JAWATAN? - DR WAN RUSHIDI

Akhirnya, Jeanbara menerima penjelasan yang ringkas tetapi jelas daripada Dr Wan Rushidi yang baru melepaskan jawatan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kuala Kedah dan Setiausaha jawatankuasa Penerangan UMNO Kedah.

Sebagai menghormati pendirian Dr Wan yang memilih untuk mendiamkan diri kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan, Jeanbara tak berhasrat nak mengulas lanjut mengenai keputusannya.

Memadai kalau dikatakan, ia sesungguhnya mempunyai kaitan dengan penyakit lama UMNO, di Kedah dan di mana-mana.

Fitnah, tohmah, serangan peribadi, cantas, tekanan yang bukan-bukan...menjadi sebahagian daripada resipinya.

Jeanbara tertarik dengan ayat ringkas Dr Wan ini; "Sejak dilantik, saya mempunyai lebih banyak musuh daripada kawan.'

Dan yang ini: "Saya tak mahu menjadi boneka semata-mata; sekadar menjadi orang yang menurunkan tanda tangan."

Jeanbara tidak bermaksud memihak kepada sesiapa. Setakat ini yang didengar hanya daripada pihak Dr Wan. Pihak lain mungkin ada penjelasan dan jawapannya pula. Kita tunggu la tengok.

Pun begitu, pada masa yang sama Jeanbara sedikit terkilan kerana UMNO terus mengalami kehilangan tenaga profesional dengan cara begini.

Sesuatu perlu dilakukan untuk menghentikan 'penyakit' yang sememangnya bukan rahsia lagi ini. Kalau ada masalah, penyelesaian perlu dicari. Bawa-bawalah duduk berunding. Mengerat dan mencantas dahan-dahan subur bukan caranya...

Orang seperti Dr Wan tak akan rugi. Dia mempunyai 'bekalan' lebih daripada cukup untuk menempa lebih banyak kejayaan peribadi.

Tapi bagaimana dengan UMNO: benar, seekor ayam jantan tak berkokok, hari tetap akan siang. Namun kalau semua ayam muda dan elok memilih untuk tidak berkokok, apa akan terjadi? Siang akan datang, tapi kita mungkin tidak terjaga sehingga ke petang!

Sumber

No comments:

Post a Comment