| Ali Bukhari Amir Sun | Jul 05, 09 | 11:54:34 pm MYT | |
| "Saya kata jika benarlah sampai cecah RM12 bilion, ini skandal!" kata seorang pensyarah kepada kami pagi itu. Teman saya itu terdiam dan saya pula terpinga-pinga mendengar maklumat itu. Pagi itu saya dan seorang rakan daripada Kumpulan Prihatin sedang berbual-bual mengenai isu PPSMI. Kami tak rancang pun untuk berbual berhubung hal tersebut. Ahli akademik itu mendapat maklumat itu berasaskan bualannya dengan beberapa orang kenalannya. Bualan santai pagi itu sebenarnya menyentuh seputar permasalahan pengajian tinggi peringkat sarjana termasuk beberapa masalah pbenyelia yang memenatkan siswazah yang meneruskan pengajian di peringkat sarjana dan doktor falsafah. Angka RM12 bilion ini sememangnya memeranjatkan atau boleh ditafsirkan sesetengah pihak sebagai belanjawan yang tidak munasabah. Terpulang kepada sesiapa sahaja yang berminat membentuk tafsiran sendiri. Kita semua berhak membentuk suatu tafsiran ke atas maklumat yang kita dengar. Kalau angka ini benar, sejujur-jujurnya saya sendiri tak jelas untuk apa peruntukan berbilion itu dihanguskan. Tetapi, saya tulis juga hal ini supaya ada pihak yang dapat tampil memberi jawapan. Terdahulu, ada laporan yang menyentuh bahawa hasil selenggaraan mencecah sekitar RM3 bilion. Tiba-tiba sudah jadi RM12 bilion? Kita letak angka dan nama orang yang meriwayatkan hal ini sebagai cara bagi menyiasat hal ini dengan jujur. Mungkin kita tersalah faham dan silap dengar mengenai peruntukan PPSMI sejak dulu dan sekarang. Jadi, minta maaf jika tersalah. Tapi, telinga ini tidak salah dengar bahawa ada angka RM12 bilion yang disebut. Dalam negara demokrasi, kita berhak bertanya untuk mendapatkan maklumat. Mingguan Malaysia 5 Julai baru-baru menyiarkan laporan berhubung Ananda Krishnan yang hampir membeli kelab bola sepak Newcastle dengan harga RM547 juta. Angka RM12 bilion mengatasi harga Kelab bola sepak Newcastle itu jikalau kelab itu jadi dibeli. Di sebelah laporan Ananda beli Newcastle RM547juta, diletakkan gambar seorang nenek Cik Mah Mat Dali, 72, bersama tiga cucunya yang 'memburu' emas di Tobiar, Pendang, Kedah. Antara dua darjat Pemikiran para wartawan dan pihak editor akhbar sememangnya begitu. Sengaja dibiarkan kedua-dua laporan begitu disusun berdekatan, lalu mereka membiarkan rakyat membuat tafsiran. Jika rakyat bijak, mereka akan dapat melihat hal itu. Jika tidak, mereka akan abaikan dan terus bekerja seperti biasa untuk dilanyak kehidupan mereka oleh penguasa. Seorang taikun media sedang mencetak kemasyhuran dan mencetak lebih banyak wang dengan pembelian kelab bola sepak. Dan di sebelahnya adalah kisah tentang ratusan penduduk desa yang miskin, bertungkus-lumus mencari emas untuk keluar dari daerah lingkungan kemiskinan yang parah; wilayah merah dengan setiap detiknya sentiasa sarat dengan belenggu hidup. Pendidikan dan pelajaran adalah salah satu ruang yang terbuka supaya rakyat berjaya membaiki taraf hidupnya sendiri. Anak-anak itu berhak mendapat pelajaran di peringkat SPM tanpa perlu mereka dihadkan pengambilan 10 mata pelajaran dan mereka berhak menerima pelajaran dalam bahasa yang mereka senang fahami. Jika mereka mudah faham belajar dalam bahasa ibunda, kekalkan usaha memindahkan pelajaran itu dalam bahasa ibunda. Itu hak mereka. Tetapi, pihak pemerintah telah menafikan hak tersebut, mencabul undang-undang, memperkosa perlembagaan melalui PPSMI. Akibatnya, hal ini telah membunuh semangat belajar anak-anak kita, sekali gus membunuh semangat mengajar guru-guru. Dengan ini, pendidikan kita bermasalah dan pembelajaran makin terjejas. Maka, hak dan peluang anak-anak untuk membina, memperbaiki serta menaiktaraf hidup mereka dan ahli keluarga mereka telah tertutup rapat. Guru-guru yang menyemak markah peperiksaan terpaksa menjadi hipokrit dengan memberikan markah yang bagus-bagus supaya Menteri Pelajaran dapat berhujah bahawa PPSMI tidak menyebabkan anak-anak makin lemah dalam kedua-dua pelajaran itu. Cukup setakat ini. Matlamat kita cuma ingin mendapatkan kepastian di Parlimen-benarkah wujud penyelenggaraan prasarana PPSMI sehingga melibatkan peruntukan sehingga RM12 bilion itu? Kalau benar, mungkinkah skandal telah berlaku? Di bawah ini, dikembarkan keluhan jiwa seorang guru yang bakal bersara berhubung isu PPSMI tersebut. Surat seorang guru yang bakal bersara "Salam. Saudara Ibnuamir, saya ingin menambah koleksi pendapat terhadap penentangn PPSMI. Saya seorang guru. Mengajar lebih 20 tahun. Daripada mula 'posting' hinggalah tahun 2003, saya sentiasa mengajar dua pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu dan Matematik selain satu matapelajaran bukan teras. (Ini adalah kebiasaan bagi seorang guru). Saya melalui pengalaman ini selama 20 tahun. Rasanya bukan sedikit sumbangan yang saya berikan dalam bidang Matematik. Dalam tempoh itu, berbagai kursus yang berkaitan dengan Matematik saya hadiri. Saya juga mempunyai pengalaman yang bukan sedikit dalam subjek ini. Apabila PPSMI berpuaka diperkenal, kebiasaannya guru-guru dari opsyen Matematik dan Sains didahulukan untuk mengikuti kursus-kursus yang dinamakan 'kursus etems'. Saya guna istilah kebiasaan kerana terdapat juga sekolah yang menghantar guru-guru dari opsyen Bahasa untuk terlibat sama. Ini bermakna apabila tamat kursus, mereka akan di'convert'. Biasanya guru-guru begini diberi keutamaan mengajar Matematik atau Sains. Sekali gus, mereka tidak mengajar Bahasa. Fenomena kedua oleh sebab PPSMI menjanjikan elaun untuk guru-guru yang terlibat, maka tidak kurang guru-guru daripada opsyen Bahasa berlumba-lumba untuk turut serta mengikuti kursus etems. Ini berterusan sehinggalah kursus-kursus etems tamat dijalankan iaitu setelah merangkumi Tahun 1 sehingga 6. Bermakna guru-guru yang tidak mengikuti atau tidak berpeluang mengikutinya, tidak sekali-kali layak mengajar dua matapelajaran 'bertuah' (Sains dan Matematik) ini termasuklah guru semacam saya. Satu lagi golongan guru yang gigit jari ialah golongan guru pertengahan umur yang kebetulan anak-anak masih kecil. Mereka ini lebih memilih untuk tidak mahu pergi kerana kursus etems ini bukan boleh 'pulang hari', sebaliknya mereka perlu bermalam di hotel. Ada tugasan. Tak kurang guru-guru yang tiada pilihan, lalu terpaksa membawa bersama pengasuh dan bayi mereka ke hotel-hotel, tempat berkursus demi menyudahkan kursus etems. Guru-guru lama yang mempunyai pengalaman mengajar Matematik sehingga 20 tahun (seperti saya) diketepikan begitu saja semata-mata kerana tidak mengikuti kursus etems. Tambahan pula saya opsyen Bahasa. Guru-guru yang lebih muda, lebih cetek pengalamannya mudah-mudah mendapat laba sebanyak 10 peratus daripada gaji pokok semata-mata kerana menjadi guru etems. Adilkah keadaan ini? Akibat ketidakadilan inilah, maka selepas 7 tahun PPSMI ini dilaksanakan, maka jelas ia menimbulkan banyak masalah. Berbilion telah dilaburkan. PPSMI menjadi projek 'Gajah Putih'? Segala peralatan seperti LCD, komputer bimbit dan seumpamanya menjadi gajah putih di sekolah-sekolah. Guru-guru etems sudah tiada bezanya dengan guru-guru bahasa, mengajar menggunakan 'chalk and talk' juga. Kami tidak mengapa, kerana tak mendapat 10 peratus laba dari gaji pokok. Tapi, guru-guru etems yang dapat 10 peratus laba gaji pokok itu, atas sebab apa pula jika mutu pengajaran pun seperti kami? Mengajar dalam bahasa Melayu juga. Saya rasa ramai guru yang bersetuju dengan tulisan saya. Cuma sebagai guru, ada etika yang tak boleh dilanggar. Tulis di media, mengkritik dasar-dasar pelajaran adalah dilarang. Sebab itu, saya luahkan kepada saudara Ibnuamir yang saya tak kenali pun. Juga, fenomena negatif yang timbul di kebanyakan sekolah, secara tidak sengaja wujud jurang antara guru-guru Bahasa dengan guru-guru etems. Ini kerana, bidang tugas di sekolah hampir sama, tapi imbuhan yang diterima berbeza. Ini semua penyakit 10 peratus. Satu perkara yang saya nak dedahkan, guru-guru Bahasa menyumbang dua kertas dalam UPSR berbanding subjek Sains dan Matematik. Seorang guru Bahasa mengendalikan kertas PEMAHAMAN dan PENULISAN yang kedua-duanya tertakluk di bawah subjek bahasa Melayu. Dengan lain perkataan, dalam satu-satu masa, guru Bahasa itu mengajar Pemahaman dan Penulisan yang mana kedua-dua kemahiran ini berasingan. Dalam sijil UPSR pun, pemahaman dan penulisan ini adalah dua perkara yang terpisah. Tapi apa keistimewaan yang diberi kepada guru-guru Bahasa? Mungkin kerana guru-guru bahasa ini ada 'bahasa' maka sekian lama mereka tidak bangkit membuat protes. Tetapi, protes senyap memang telah berlaku di seluruh negara. Guru bahasa sokong GMP Oleh itu, antara golongan yang paling gembira sekali jika PPSMI dimansuhkan ialah guru-guru Bahasa. Kepada Ibnuamir, tolong warwarkan sokongan kami kepada GMP. Guru-guru etems janganlah bersedih, kerana dah bertahun pun anda menikmati laba 10 peratus gaji pokok daripada kami. Sekian, terima kasih kepada para pejuang bahasa! Daripada Menunggu detik bersara... TAMAT ISI SURAT ... Mungkin, melalui surat ini, kita dapat melihat sudut gelapnya, iaitu sudah ada sikap berpuak-puak antara guru dengan sebab wujud kursus etems tersebut. Tapi, apa yang penting di sini ialah kewujudan guru-guru etems ini adalah hasil daripada penguasa yang mencetak dasar PPSMI ke sekolah-sekolah. Guru-guru etems tak boleh dipersalahkan dalam hal ini. Ini kerana tanpa PPSMI maka tiadalah kursus tersebut. Kebanyakan guru telah menyatakan sokongan terhadap Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP). Semoga GMP akan lebih merakyat lagi ke sekolah-sekolah. Dan, kita perlukan para khatib yang cekal, tabah berani dan tidak takut mati untuk menyelar PPSMI dalam khutbah-khutbah Jumaat dan bukan hanya menyeru ke arah perpaduan antara parti guna mengukuhkan Umno dan BN. Semoga kita dapat mengusahakan ruang cetak seperti akhbar di sekolah-sekolah supaya persatuan antara guru-guru lebih kemas dan tersusun rapi ke arah memansuhkan PPSMI ini. Dan, semoga GMP akan lebih merakyat bersama-sama guru-guru ini setelah sokongan telah dilafazkan secara terbuka! Akhirul kalam, berapa bilion kos penyelenggaraan PPSMI itu? RM12 bilion? Kalau bukan, sudah jadi berapa bilion sekarang? Muhyiddin, sila jawab! 12:30 p.m, 5 Julai Dipetik dari: http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=021558&Itemid=35 |
Blog Yang Mengutip Berita Dan Video Politik Youtube Terpilih Untuk Tatapan Rakyat Malaysia
Monday, July 6, 2009
12 bilion untuk pengendalian PPSMI? Ini skandal!
12 bilion untuk pengendalian PPSMI? Ini skandal!
Wednesday, July 1, 2009
Monday, June 29, 2009
Royalti Minyak: Umno-BN tipu rakyat Kelantan!
Royalti Minyak: Umno-BN tipu rakyat Kelantan!
Harakahdaily Sun | Jun 28, 09 | 8:06:57 am MYT
KUALA LUMPUR, 28 Jun (Hrkh) - Pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) terus berbohong dalam kempen pilihan raya kecil DUN Manek Urai dengan mengatakan tidak wujud minyak dan gas serta industrinya di negeri Kelantan.
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendedahkan beliau sendiri telah pergi ke pelantar cari gali minyak dan gas di perairan Kelantan sebaik sahaja mendapat berita tentang wujudnya 'emas hitam' itu di negeri tersebut, sedikit masa dahulu.
"Kebetulan saya duduk tepi pantai, bersama orang ke laut (nelayan) (saya telah pergi) melawat pelantar minyak, tengok pelantar minyak (dan) pelantar gas di situ. Dalam kawasan (perairan) Kelantan, bukan dalam perairan Siam dan perairan antarabangsa,"jelasnya ketika berucap dalam majlis perisytiharan calon pilihan raya kecil DUN Manek Urai, di Kampung manek Urai Lama,kelmarin yang dipetik Buletin Online.
Sehubungan itu, beliau berkata, Petronas wajib membayar royalti minyak sebanyak 5% kepada negeri Kelantan sebagaimana perjanjian di antara syarikat minyak itu dengan kerajaan-kerajaan negeri pada tahun 1975.
Sebelum itu, Pengarah Pilihan raya KeADILan, Saifudin Nasution berkata pengundi Manek Urai mesti menolak Umno-BN sekiranya mereka bertanding dalam pilihan raya kecil DUN tersebut.
Beliau berkata demikian, kerana kerajaan BN bukan sahaja tidak membayar royalty minyak, malah telah berbohong dan menipu rakyat Kelantan dalam Parlimen mengenai kewujudan minyak di Kelantan.
"Kita kemudian mendapati, bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak bercakap benar, dalam bahasa kasar, mereka telah memberikan jawapan bohong dalam Parlimen.
"Hasil kajian kita mendapati dalam buku Jabatan Perangkaan Kerajaan Malaysia yang dikeluarkan pada 2007 mukasurat 187, jadual 5.3 menyebutkan dengan jelas negeri-negri pengeluar minyak di Malaysia,"tegas Saifudin yang juga ahli Parlimen Machang.
Katanya Umno-BN hanya menipu rakyat Manek Urai dengan memasang papan tanda 'Rakyat di Dahulukan, Manek Urai Di utamakan', sedangkan mereka tidak membayar royalti minyak yang telah berjumlah RM 1bilion sejak tahun 2002. Oleh itu katanya rakyat mesti menolak calon Umno-BN pada pilihan raya kecil Manek Urai pada 14 Julai depan.
"Rakyat didahulukan, Manek Urai diutamakan? Dia boleh pasang papan tanda banyak-banyak (dalam kempen pilihan raya),tetapi bukti ini (telah) menunjukkan bahawa kita (Kelantan) ada minyak, Umno tak bayar royalti minyak.
"Sebab itu kita mesti tolak calon mereka (Umno-BN) pada pilihan raya kecil Manek Urai pada 14 hari bulan nanti,"katanya.

Wednesday, June 24, 2009
Monday, June 22, 2009
PENGALAMAN BERCERAMAH DI PROGRAM UMNO
Hujung minggu baru ni merupakan minggu agak sibuk bagi saya. Selain sibuk dengan hal peribadi jadual saya agak padat dalam memenuhi undangan menyampaikan ceramah kepada pelajar, ibu bapa dan juga guru.
Salah satu program tersebut ialah saya diundang untuk berceramah di satu program anjuran Umno. Ini bukan kali pertama saya berceramah di program Umno. Saya terima kerana ia fokus untuk motivasi keibubapaan bagi saya tak ada kena mengena dengan politik,ia lebih kepada majlis perkongsian ilmu.
Majlis ceramah dalam surat jemputan yang difaxskan sepatutnya bermula pada jam 2 petang bertempat di balai raya JKKK tempat berkenaan. Sebelum itu saya pada jam 10.30 - 12.30 berceramah kepada guru-guru di sebuah sekolah yang jaraknya lebih kurang 1 jam perjalanan dengan memandu. Setelah habis ceramah di sekolah saya bergegas untuk ke program ceramah Umno berkenaan. Saya ada masa lebih kurang 30 minit untuk solat Dzuhor dan makan tengahari. Jadi memang agak berkejar-kejar sedikit.
Sampai di tempat ceramah, saya perhatikan suasana agak lengang. Silap tempat ke aku ni? Lantas saya menelefon pihak penganjur. Katanya betullah tempat ni. Tak lama lepas tu pihak penganjur datang, beberapa ketika kemudian datang seorang pemuda yang kemudiannya terkial-kial sedang pasang alat pembesar suara. Melihat jumlah makanan yang disediakan paling kurang pun untuk 100 orang. Jam dah menunjukkan hampir pukul 3 petang, masih tak nampak lagi batang hidung ibu bapa atau pun ajk Umno kat cawangan tu. Pihak penganjur sibuk sekali menelefon, jemput orang datang barangkali. Saya cuba berlagak selamba... Agak lama lepas tu saya dapati adalah lebih kurang 10 orang budak-budak yang saya jangka berumur 4 hingga 10 tahun masuk ke dalam balai raya. Lebih kurang 3.15 pengerusi JKKK dan penganjur beritahu teruskan ceramah. Maknanya saya kena ceramah kepada budak-budak kat depan tu! OK lah tu...maknanya juga kena ubah tajuk dari motivasi keibubapaan kepada ceramah kepada budak-budak. Bagi saya semua tu tak ada masalah bahan-bahan memang telah sedia dalam laptop. Lebih kurang 30 minit ceramah, datang YB Adun dari kawasan berkenaan. Saya lihat dia macam tak puas hati, memang patut pun dia rasa kecewa dan tak puas hati.Lebih kurang 5 minit beliau pun keluar.
Apa yang saya nak simpulkan kepada Umno di atas sana janganlah cakap bergegar-gegar sangat bahawa mereka masih kuat dan mendapat sokongan. Sibuk-sibuk dengan muka tak malu ajak Pas bincang kerajaan Perpaduan, walhal Pas sudah hantar isyarat tak berminat untuk teruskan perbincangan. Nasihat saya jagalah rumah tangga Umno yang semakin goncang apabila ahli-ahli mereka sendiri sudah tidak berminat dengan program-program Umno. Kepada Pakatan Rakyat, teruskan gerak kerja mantapkan organisasi, rapatkan lagi kerjasama Insyaallah peluang dalam PRU kepada Pakatan Rakyat adalah sangat cerah.
Sumber

Sunday, June 21, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)