Showing posts with label Manek Urai. Show all posts
Showing posts with label Manek Urai. Show all posts

Thursday, July 16, 2009

PRK MU: Video Pengakuan Bagi Wang



lokasinya ialah berhampiran pejabat KESEDAR Sungai Peria

Nik Aziz: Rasuah, punca PAS menang tipis di N.041

Husam: PAS jangkakan akan kalah di Manek Urai

Husam: PAS jangkakan akan kalah di Manek Urai

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

KUALA KRAI, 14 JULAI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Manek Urai yang baru dari PAS, Mohd. Fauzi Abdullah menyifatkan kemenangan yang diperoleh hari ini bukan kejayaan peribadi beliau semata-mata.

Sebaliknnya beliau berkata, ia adalah kemenangan Islam secara keseluruhan.

"Saya berterima kasih kepada semua pengundi yang telah mengundi saya, saya bersyukur pilihan raya ini berjalan dengan lancar.

"Saya akan menjadi ADUN dengan sebaik mungkin tanpa mengira fahaman politik," katanya ketika ditemui selepas diumumkan memenangi kerusi DUN Manek Urai sebentar tadi.

Fauzi berjaya mengekalkan kedudukan PAS di Manek Urai hari ini dengan majoriti tipis 65 undi.

Beliau memperoleh 5,348 undi manakala calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat menerima 5,283.

Keputusan itu diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Adnan Hussin pukul 9.07 malam.

Bagaimanapun calon BN dan pemimpin-pemimpin parti itu tidak kelihatan di pusat penjumlahan undi yang diadakan di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1.

Dipercayai mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang teruk dari Manek Urai ke Kuala Krai.

Sementara itu, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, beliau sangat berbangga dengan pengundi di kawasan Manek Urai kerana mempunyai ketahanan diri yang kuat walaupun wang yang banyak digunakan.

"Majoriti tidak penting kerana kita (PAS) bukan sahaja berhadapan dengan jentera pilihan raya tetapi penggunaan politik wang juga," kata beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS.

Husam yang juga Naib Presiden PAS memberitahu, pihaknya sebenarnya menjangkakan bahawa parti itu akan kalah kali ini.

Oleh itu, beliau menyifatkan malam ini sebagai satu kejayaan luar biasa.

Ditanya sama ada kemerosotan undi malam ini disebabkan faktor kehadiran Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, Husam berkata:

"Itu soalan nakal."

"Hari ini kita bersyukur kepada semua pihak malam ini. Kita akan analisis keputusan hari ini," katanya lagi.

sumber

Monday, July 13, 2009

No BN no bridge



What the....? Ini dah kira mengugut? Mana naluri ingin menolong rakyat di Manek Urai tanpa mengira latarbelakang dan sokongan politik? Rakyat Manek Urai patut menolak UMNO/BN kalau beginilah tingkahlaku UMNO.

One-on-one with Tuan Aziz calon BN Manik Urai

Monday, June 29, 2009

Royalti Minyak: Umno-BN tipu rakyat Kelantan!

Royalti Minyak: Umno-BN tipu rakyat Kelantan!
Harakahdaily Sun | Jun 28, 09 | 8:06:57 am MYT
KUALA LUMPUR, 28 Jun (Hrkh) - Pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) terus berbohong dalam kempen pilihan raya kecil DUN Manek Urai dengan mengatakan tidak wujud minyak dan gas serta industrinya di negeri Kelantan.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendedahkan beliau sendiri telah pergi ke pelantar cari gali minyak dan gas di perairan Kelantan sebaik sahaja mendapat berita tentang wujudnya 'emas hitam' itu di negeri tersebut, sedikit masa dahulu.

"Kebetulan saya duduk tepi pantai, bersama orang ke laut (nelayan) (saya telah pergi) melawat pelantar minyak, tengok pelantar minyak (dan) pelantar gas di situ. Dalam kawasan (perairan) Kelantan, bukan dalam perairan Siam dan perairan antarabangsa,"jelasnya ketika berucap dalam majlis perisytiharan calon pilihan raya kecil DUN Manek Urai, di Kampung manek Urai Lama,kelmarin yang dipetik Buletin Online.

Sehubungan itu, beliau berkata, Petronas wajib membayar royalti minyak sebanyak 5% kepada negeri Kelantan sebagaimana perjanjian di antara syarikat minyak itu dengan kerajaan-kerajaan negeri pada tahun 1975.

Sebelum itu, Pengarah Pilihan raya KeADILan, Saifudin Nasution berkata pengundi Manek Urai mesti menolak Umno-BN sekiranya mereka bertanding dalam pilihan raya kecil DUN tersebut.

Beliau berkata demikian, kerana kerajaan BN bukan sahaja tidak membayar royalty minyak, malah telah berbohong dan menipu rakyat Kelantan dalam Parlimen mengenai kewujudan minyak di Kelantan.

"Kita kemudian mendapati, bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak bercakap benar, dalam bahasa kasar, mereka telah memberikan jawapan bohong dalam Parlimen.

"Hasil kajian kita mendapati dalam buku Jabatan Perangkaan Kerajaan Malaysia yang dikeluarkan pada 2007 mukasurat 187, jadual 5.3 menyebutkan dengan jelas negeri-negri pengeluar minyak di Malaysia,"tegas Saifudin yang juga ahli Parlimen Machang.

Katanya Umno-BN hanya menipu rakyat Manek Urai dengan memasang papan tanda 'Rakyat di Dahulukan, Manek Urai Di utamakan', sedangkan mereka tidak membayar royalti minyak yang telah berjumlah RM 1bilion sejak tahun 2002. Oleh itu katanya rakyat mesti menolak calon Umno-BN pada pilihan raya kecil Manek Urai pada 14 Julai depan.

"Rakyat didahulukan, Manek Urai diutamakan? Dia boleh pasang papan tanda banyak-banyak (dalam kempen pilihan raya),tetapi bukti ini (telah) menunjukkan bahawa kita (Kelantan) ada minyak, Umno tak bayar royalti minyak.

"Sebab itu kita mesti tolak calon mereka (Umno-BN) pada pilihan raya kecil Manek Urai pada 14 hari bulan nanti,"katanya.