Showing posts with label PKR. Show all posts
Showing posts with label PKR. Show all posts

Wednesday, July 29, 2009

Chua Jui Meng: PM Malaysia terlalu berkuasa

Bekas menteri kesihatan, Datuk Chua Jui Meng - pemimpin BN paling kanan yang melompat menyertai Pakatan Rakyat - berkata perdana menteri negara ini terlalu berkuasa.

Katanya, perdana menteri mempunyai terlalu banyak kuasa ke atas institusi dan parlimen.

Oleh itu, katanya, sudah tiba masanya - jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri - bagi beliau mengurangkan kuasa-kuasa tersebut dan memulangkannya kepada rakyat.

Bekas naib presiden MCA itu - yang dua kali gagal merebut jawatan presiden - keluar dari parti itu untuk menyertai PKR dua minggu lalu.

Chua yang merupakan menteri kesihatan paling lama - sembilan tahun semuanya - bercakap dengan Malaysiakini minggu lalu di kediamannya di Bukit Damansara.

Katanya, walaupun telah meninggalkan MCA, tetapi beliau masih merupakan kawan baik kepada presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.

"Saya rasa beliau adalah seorang yang buat apa yang dia cakap, dan cakap apa yang dia buat, seorang yang lurus, saya suka orang macam ini," kata Chua yang pernah menjadi ahli Parlimen Bakri di Johor, selama empat penggal.

Chua juga membayangkan bahawa Soi Lek mendapat sokongan Umno.

"Saya telah nyatakan dengan jelas dalam ucapan saya di mesyuarat bahagian bahawa pada hari ini, terdapat dua MCA - satu dipilih oleh perwakilan, dan satu lagi oleh kuasa luar.

"Saya lihat Soi Lek menggunakan kedudukannya untuk mengumpul kekuatan, jadi terdapat dua MCA, anda tidak dapat lari daripadanya. Tanyalah orang ramai, mereka akan beritahu bahawa ada dua MCA, bukan buatan Tee Keat, tetapi oleh kuasa luar," katanya.

Thursday, July 23, 2009

Beratus Ahli MCA Keluar Parti

Dua hari lepas, 323 ahli MCA bahagian Sungai Besar, Selangor, telah keluar parti dan menyertai PKR. Borang keahlian diserahkan melalui DS Anwar Ibrahim.

Kita mendapat maklum, MCA bahagian tersebut mulai lumpuh selepas PRU-12 yang lalu. Dijangka beribu lagi ahli MCA sekitar kawasan Sungai Besar akan keluar parti dan menyertai sama ada PKR atau DAP.

Untuk makluman, jiran kawasan Sungai Besar ialah Sekinchan di sebelah selatan dan Sabak Bernam di sebelah utara. Sekinchan ialah kubu kuat DAP dan dikuasai oleh ADUN-DAP.

sumber

Syabas Chua Jui Meng. Keputusan Yang Tepat

Monday, July 20, 2009

Chua Jui Meng sertai PKR. Apa maknanya?

Bekas menteri kesihatan, Datuk Chua Jui Meng hari ini mengumumkan keluar dari MCA dan menyertai PKR di di majlis forum anjuran PKR di Sunway.

chua jui meng pkr 180709

Sebelum ini, Chua yang juga bekas menteri naib presiden MCA muncul di majlis tersebut bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Chua sebelum ini mengumumkan melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri Khamis lalu.

Kira-kira 800 hadirin di majlis itu bertepuk tangan ketika Chua dan Anwar melangkah masuk ke dewan pada jam 3.30 petang.

Terdapat kain pemidang yang mengucap tahniah kepada Chua kerana menyertai PKR", yang dipegang hadirin ketika Chua berjalan masuk.

Dalam ucapannya, Chua berkata beliau telah melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri untuk menempuh perjalanan baru untuk perubahan.

chua jui meng join pkr 180709Katanya, sebab beliau menyertai PKR ialah kerana sistem dua parti ini berdepan dengan ancaman dari Umno.

Menurut Chua, beliau yakin telah membuat keputusan yang betul, untuk menyertai PKR, terutama dalam detik penting dalam sejarah negara.

Menurutnya, kematian Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, menjadi pendorong penting baginya untuk melompat menyertai pembangkang.

Mayat Teoh ditemui Khamis lalu di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam, selepas disoal siasat semalam oleh SPRM, berhubung dakwaan salahguna wang peruntukan untuk DUN di Selangor.

Chua hadir bersama bekas senator MCA, David Yeoh dan bekas ahli Parlimen Lumut. Kedua-duanya turut mengumumkan menyertai PKR.

chua jui meng join pkr 180709 banner.jpgDua hari lalu, Malaysiakini melaporkan bahawa Chua akan melompat menyertai PKR.

Dalam sidang akhbar selepas itu, Chua ditanya mengenai laporan yang menyebut beliau menafikan akan menyertai PKR.

Dalam jawapannya, Chua menafikan berkata demikian tetapi sebaliknya berkata beliau telah disalahlapor.

Ada persamaan

Menurut bekas menteri kesihatan itu, beliau menyertai PKR kerana mempunyai persamaan idealisme dan visi dengan manifesto PKR untuk membawa perubahan di Malaysia.

“Saya sudah keluarkan manifesto saya beserta dengan idealisme dan visi untuk MCA.

“Saya membuat perbandingan manifesto beliau (Anwar) dalam agenda Malaysia dan manifesto PKR. Saya nampak isu-isu ada perkiraan yang sama. Itu mustahak bagi saya. Kalau ada idea-ide yang bercanggah saya tidak akan masuk PKR,” katanya

Beliau juga menafikan beliau kecewa dengan MCA dan menyifatkan perkara tersebut "tidak berbangkit sama sekali".

“Pada pemilihan tahun 2008 saya tewas, (kemudian) saya jemput Datuk Seri Ong Tee Keat ke bahagian saya dan minta beliau menjelaskan kepada masyarakat Tiong Hua, walaupun kami bertanding satu jawatan yang sama, atas nama prisip, maka kita boleh kekal berkawan,” katanya.

Kata Chua, presiden MCA itu, pernah hadir ke bahagiannya sebanyak dua kali selepas beliau kalah dalam permilihan parti tahun lepas.

Menurutnya lagi, beliau mula membuat pertimbangan untuk menyertai PKR sebelum dan selepas pemilihan MCA pada tahun lalu.

“Kemasukannya saya ke dalam PKR adalah tanpa syarat.

“Saya ada idea dan wawasan yang sama dengan PKR. Kalau ada tempat ada platform, tempat itu bermula dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” tambahnya.

Katanya, keputusan untuk menyertai PKR juga dibuat selepas beberapa kali perbincangan dengan Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.

ps: Bila Chua sertai PKR, terserlah ada puting beliung dalam BN. Aku percaya ramai lagi akan join PR terutama yg takde jawatan dalam kerajaan. Yg ada jawatan susah sikit. Kena jaga 'periuk' nasi'. hehehe